Hikmah Solat
PENDAHULUAN
Segala puji dan sanjungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memfardhukan ibadah sembahyang
keatas hambaNya. Sepertimana yang kita ketahui solat adalah salah satu
aspek yang terpenting dalam agama islam. Ini kerana sembahyang adalah
tiang agama maka sekiranya kita dirikan sembahyang berdiri tegaklah
tiang agama dan sebaliknya jika kita tidak mengerjakan sembahyang. Kita
juga ketahui sembahyang membawa kita lebih dekat kepada Allah s.w.t dan
menjadikan kita seorang muslim yang mempunyai kepercayaan teguh kepada
agama islam secara am nya. Ia juga dapat membantu kita dalam
melaksanakan segala suruhanNyA meninggalkan segala laranganNya samaada
kecil mahupun yang besar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
mengerjakan sembahyang semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan
Allah s.w.t.
SEMBAHYANG DARI ASPEK AL-QURAN
Memperoleh kebahagiaan yang sebenar di sisi Allah s.w.t
Terdapat pelbagai ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-quran yang
mengatakan tentang sembahyang. Antaranya ialah Allah s.w.t telah
berfirman:“Benar - benar sangat beruntung orang - orang yang beriman.
Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang” (Surah
Al-Mukminun :1-2)
Dalam ayat lain Allah s.w.t telah berfirman :“Benar – benar sangat
beruntung orang – orang yang membersihkan diri dengan beriman, dan
sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang.
”(Surah Al-A’la:14-15)
Khusyuk itu berada dalam hati, bukan dalam bentuk perilaku. Seseorang
yang khusyuk dalam melaksanakan ibadah terutamanya sembahyang terhindar
dari melakukan maksiat, hingga dia beroleh kebahgiaan didunia dan
diakhirat. Sebaliknya, seseorang yang hatinya tidak khusyuk hanya akan
menyebabkan hati menjadi tidak tenteram yang berpanjangan.
Mencegah dari melakukan perbuatan yang dilarang di sisi Allah s.w.t
Sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk dan dilakukan hanya semata –
mata kerana Allah s.w.t dapat menjadikan benteng untuk seseorang itu
daripada terjebak kepada perbuatan yang mungkar dan hina disisi Allah
s.w.t. Selain itu ia dapat memelihara diri kita daripada perbuatan
maksiat. Ini terbukti dengan firman Allah s.w.t iaitu: “Dan dirikanlah
sembahyang (kerana) sesunggguhnya sembahyang dapat mencegah perbuatan
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya zikir kepada Allah s.w.t (sembahyang)
lebih besar(keistemewaanya daripada ibadah yang lain)” (Surah
Al-Ankabut:45)
Sepertimana yang diketahui setiap ayat yang dibaca ketika sembahyang
mengingatkan kita kepada kewajipan yang mesti kita laksanakan sebagai
khalifah di muka bumi ini. Oleh itu kita patutlah mengahayati setiap
ayat yang dibaca agar terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Bacan
sembahyang yang tidak mencegah kemungkaran bagi orang yang
mengerjakannya, bereerti ia akan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t.
Kerana tidak dapat memanfaatkan bacaan tersebut, bahkan
mempermainkannya. Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang bersabda
:” Sesiapa ibadah sembahyangnya belum mampu mencegah perbuatan keji dan
mungkar, bereeti dia semakin jauh dari keredhaan Allah s.w.t. ”
Sentiasa tabah dan cekal dalam menjalani ujian Allah s.w.t
Nabi s.a.w berdepan dengan pelbagai penderitaan dan kesedihan yang
begitu hebat tidak kira samaada urusan agama atau keluarga. Antara salah
satu cara Nabi s.a.w mengatasi masaalah ini adalah dengan mengerjakan
solat sunat. Terdapat pelbagai firman Allah s.w.t di dalam al-quaran
berkenaan tajuk ini. Antaranya ialah:“Jadikanlah sabar dan sembahyang
sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikin itu sangat berat,
kecuali bagi orang – orang yang khusyuk. ” (Surah Al-Baqarah :45)
Dan suruhan dalam ayat yang lain :”Wahai oaring-orang beriman.
Jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Sesungguuhnya Allah
s.w.t beserta orang – orang yang sabar. ” (Surah Al-Baqarah :153)
Oleh itu daptlah kita simpulkan bahawa dengan mengerjakan sembahyang
seseorang itu akan lebih tabah dalam mengahadapi ujian Allah s.w.t.
Sembahayang juga adalah bukti yang jelas tentang ketakqwaan. Didalam
Al-quaran Allah s.w.t berfirman :“Sesiapa bertaqwa kepada Allah s.w.t,
nescaya Dia akan memberinya rezeki yang tiada disangka – sangka. ”
(Surah At-Talaq :2-3)
Antara tanda diterima taubat di sisi Allah s.w.t
Manusia yang semasa hidupnya sentiasa bergelumang dengan dosa serta
maksiat kemudian dia berubah kepada sentiasa melakukan kebaikan
terutamanya sembahyang bererti dia telah melakukan taubat dengan
sebenar-benarnya. Dalam Al-quran Allaf s.w.t berfirman:“Maka bunuhlah
orang – orang musyrik dimana saja kamu berjumpa dengan mereka, dan
tangkaplah. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika
mereka bertaubat dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat, maka
berikanlah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya A llah
s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ” (Surah At-Taubah :5)
Sembahyang juga adalah tanda-tanda awal taubat nasuha. Allah s.w.t
berfirman:“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t, wahai
orang – orang beriman, agar kamu beruntung. ” (Surah An-Nur: 31)
Segala dosa akan diampuni oleh Allah s.w.t
Segala dosa yang telah kita lakukan tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t
sekiranya kita tidak bertaubat. Sembahyang adalah taubat yang paling
tinggi di sisi Allah s.w.t, ini kerana dengan mengerjakan sembahyang
seseorang itu akan mendapat keampunan dosa – dosanya. Ini dibuktikan
dengan sabda Nabi s.a.w :“Adakah kamu mengetahui, seandainya di depan
pintu salah seorang di antara kamu terdapat sungai yang mengalir,
kemudian di setiap hari mandi lima kali, masihkah terdapat kotoran pada
tubuhnya?” Jawab para sahabat :”Ya Rasulullah tidak terdapat kotoran
sedikit pun pada tubuhnya. ”Rasulullah kemudian bersabda :”Itulah
perumpamaan sembahyang lima waktu. Dengan Allah s.w.t melebur segala
dosa dan kesalahan. ” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Sembahyang juga adalah sebagai penebus dosa bagi manusia yang melanggar
larangan Allah s.w.t. Ini telah di jelaskan didalam Al-quran :“Dan
dirikanlah sembahyang pada kedua tepi siang (pagi dan petang), dan pada
bahagian awal daripada malam. Sesungguhnya amal-amal baik dapat
menghapuskan perbuatan-perbuatan buruk(dosa). Itulah peringatan bagi
orang-orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. “ (Surah Hud: 114)
Memperoleh amal istimewa para Nabi
Salah satu ibadah yang dilakukan oleh nabi-nabi ialah dengan mengerjakan
sembahyang. Ini kerana para nabi ingin mencari keberkatan dan keredhaan
daripada Allah s.w.t dan juga memohon taufik dariNya. Bahkan dengan
sembahyang juga para nabi berwasiat misalnya Nabi Ibrahim a.s selalu
berdoa iaitu :“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku sebagai orang
yang teguh mendirikan sembahyang. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. ”
(Surah Ibrahim :40)
Nabi Isa Bin Maryam, diperintah oleh Allah s.w.t agar mendirikan
sembahyang sepanjang hayat masih dikandung badan. Allah s. wt berfirman
iaitu :”Dan Dia telah memerintahkan kepadaku untuk mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat selama aku hidup. . ” (Surah Maryam :31)
Nabi Ismail a.s juga selalu berpesa kepada keluarganya agar sentiasa
mendirikan sembahyang. Dalam al-quran Allah s.w.t berfirman :” Dan dia
menyuruh keluarganya untuk mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat.
Dan dia adalah orang yang dirhedai di sisi Tuhannya. ” (Surah Maryam
:55)
Melalui ayat-ayat diatas dapat memberikan kita pengertian dan
penghayatan yang besar mengenai nilai sembahyang sehingga para nabi
diperintah oleh Allah s.w.t agar berwasiat kepada keluarga mereka agar
mengerjakannya dengan penuh kusyuk. Dengan ini mereka akan memperoleh
martabat yang tinggi di dunia dan di akhirat. Memperoleh lima jenis
kemuliaan di sisi Allah s.w.t
Dalam suatu riwayat ada mengatakan bahawa sesiapa yang memelihara
sembahyang fardu yang lima waktu maka mereka akan beroleh lima
kemuliaan. Iaitu Allah s.w.t akan memberi kelapangan rezeki bagi mereka,
diselamatkan daripada seksa dan azab kubur yang pedih, buku amalan
mereka diserahkan dengan tangan kanan, melintasi titian shiratal
mustaqim seperti kilat yang menyambar dan mereka ini dimasukkan kedalam
syurga tanpa hisab.
Oleh itu mereka yang memelihara sembahyang, beriman kukuh didalam hati
dan selalu beramal soleh, akan mendapat keberkatan dariNya. Mereka ini
ibarat menaburkan kebajikan dan kebahagiaan. Kemuncak kebahagiaan adalah
mendapat petunjuk daripada Allah s, wt kemudian mengikutinya. Mereka
ini telah digambarkan oleh Allah s.w.t didalam al-quaran :” Mereka
itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah s.w.t, maka
kemudian mereka mengikut petunjuk itu. ”(Surah Al-An’am :90)
Balasan bagi orang-orang yang meninggalkan sembahyang.
Allah s.w.t amat murka kepada hambaNya yang meninggalkan sembahyang.
Oleh itu Allah s.w.t menimapakan lima belas kesengsaraan iaitu enam
kesengsaraan didunia, tiga kesengsaraan ketika sakaratul maut, tiga lagi
ketika didalam kubur dan tiga lagi ketika keluar dari kubur. Enam
kesengsaraan di dunia
Pertama dicabut keberkatan oleh Allah s.w.t sepanjang hayatnya. Kedua,
dihapus cirri-ciri orang soleh pada raut wajahnya. Ketiga, setiap amal
baik yang dikerjakan olehnya tidak mendapat pahala daripada Allah s.w.t.
Keempat, Setiap doa yang dibacanya tidak akan dikabulkan Allah s.w.t.
Kelima, tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
Keenam, keluar dari dunia ini tanpa membewa bekala iman.
Tiga kesengsaraan ketika sakaratul-maut
Pertama, mati dalam keadaan yang sangat hina. Kedua, mati dalam keadaan
yang sangat lapar. Ketiga, mati dalam keadaan yang sangat dahaga,
sehingga apabila seluruh air di lautan diminum, tidak akan dapat
menghilangkan dahaganya.
Tiga kesengsaraan di alam kubur
Pertama, segera dihimpit oleh kubur sehingga tulang belulangnya
berserakan. Kedua, Sepanjang siang dan malam dibakar dengan api yang
panas membara. ketiga, dililit dengan erat sekali oleh seekor ular yang
besar bernama Syuja. Ular ini matanya adalah api yang membara. Kukunya
panjang-panjang dan diperbuat daripada besi, juga pnjang setiap kukunya
adalah sehari perjalanan.
Ular itu berkata :”Aku adalah Syuja, bertugas untuk menyeksamu. ”
Suaranya bagai halilintar menggegar, yang mengatakan aku: “Aku disuruh
oleh Allah s.w.t untuk memukulmu disebabkan mengabaikan sembahyang subuh
hingga terbit matahari. Dan disuruh untuk memukulmu kerana mengabaikan
sembahyang zuhur hingga asar, mengabaikan sembahyang asar hingga
maghrib, dan mengabaikan sembahyang isyak hingga waktu subuh tiba.
”Sekali pukulan nya boleh menenggelamkan kebumi yang dalamnya tujuh
puluh hasta. Didalam kubur itulah mereka mendapat seksaan yang berat.
Tiga kesengsaraan ketika keluar dari kubur
Pertama, dihisab dengan berat. Kedua, mendapat kemurkaan daripada Allah
s.w.t. Ketiga, dimasukkan kedalam neraka. Dalam riwayat lain pula
diterangkan bahawa orang yang mengabaikan waktu sembahyang kelak pada
hari kiamat pada wajahnya akan ada tiga tulisan. Pertama, tulisan
:”Wahai orang-yang mengabaikan kewajipan terhadap Allah s.w.t. ” Kedua
tulisan: ” Wahai orang-orang yang sangat dimurkai Allah s.w.t. ”Ketiga,
tulisan : “Sebagaimana didunia engkau mengabaikan hak Allah, maka
sekarang engkau terjauhkan dari rahmat Allah s.w.t.

Comments
Post a Comment