Posts

Showing posts from August, 2009

Mengenai Masjid Al Mukarramah

Image
Pada asalnya Masjid Al-Mukarramah di namakan Masjid Al-Muhajirin. Namun demikian setelah di rasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Shah pada 10 November 2000, nama masjid ini telah ditukar kepada Masjid Al-Mukarramah. Batu asas Masjid ini telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1996. Masjid ini telah menggunakan konsep senibina Anatolian dan Ottoman iaitu senibina daripada negara Turki. Ianya mempunyai ciri-ciri seni bina islam tradisional yang dipamerkan melalui pengasingan bahagian dalaman daripada pandangan luar oleh dinding granit. Bahagian atas dinding granit ini terdapat banjaran kubah-kubah separa bulat yang mengelilingi kubah utama. Pada empat penjuru kubah utama, terdapat pula kubah-kubah kecil yang disatukan dengan kubah separa bulat memperlihatkan ciri-ciri senibina Ottoman. Gabungan kubah-kubah ini dipadankan pula dengan sepasang menara yang diilhamkan dari Menara Masjid Sultan Ahmed Istanbul. Keluasan Masjid