PERIHAL RAMADHAN AL MUBARAK
- Ramadhan: ertinya panas terik
- Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
- Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
- Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
- Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
- Di pilih untuk ibadat puasa.
- Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan.
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
2) Berazam melakukan solat Terawih sepanjang bulan
3) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
4) Solat berjemaah setiap waktu di masjid/surau
5) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
6) Sahur diwaktu akhir
7) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
8) Mandi Janabat sebelum Imsak
9) Kurangkan tidur
10) Banyakkan bersedekah
11) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
12) Jemput tetamu berbuka
13) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
14) Elakkan berbelanja berlebihan
15) Kuatkan kesabaran
16) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
17) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
18) Tunaikan zakat fitrah
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
Comments
Post a Comment