Penjelesan Nazir Mengenai Kehadiran YB Elizebeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, ke Masjid
Selamat mengerjakan ibadah puasa mudah-mudahan kita bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Tidak terlambat kiranya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma di qaryah kita ini dan di malam Ramadhan ini, setakat hari ini kita dapat mengumpulkan sumbangan melebihi RM80,000 , saya percaya kekuatan iman dan amal yang kuat membolehkan kita berjaya mengumpulkan dana sebanyak itu.
Dalam masa yang sama saya ucapkan syabas kepada AJK Masjid yang telah bekerja kuat bagi menjayakan setiap aktiviti yang di rancang, mudah-mudahan akan berjaya dan mendapat keredoaan Allah SWT hendaknya.
Dalam kerancakkan menjalankan aktiviti ramadhan sudah pasti kita menerima rungutan dan pujian daripada qaryah, saya bersama AJK akan terus mencuba memberi khidmat yang terbaik untuk Qaryah, pun begitu perlu saya menjelaskan mengenai isu kehadiran YB Elizaberth Wong ADUN Bukit Lanjan pada 6 hb September 2009 dan ia juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dari sudut pandangan kacamata Islam.
Saya cukup menghargai rungutan dan pandangan di kalangan jemaah kita mengenai isu kehadiran YB Elizaberth Wong ini, pelbagai tafsiran dan anggapan yang di buat, ini tandanya jemaah kita perihatin pada setiap aktiviti yang di buat, saya tidak mahu mengulas panjang mengenai rungutan yang di berikan itu, saya cuba melihat dari sudut positif kehadirannya dan dari sudut agama, adakah boleh bukan Islam hadir ke Masjid?
Pandangan dari sudut agamaBukan muslim boleh masuk masjid asal ada keperluan yang jelas dan tidak melakukan suatu keharaman, seperti mengotori masjid atau lainnya. YB Elizabert Wong hadir sebagai Wakil Rakyat dan memberi bantuan Masjid, surau-surau di bawah qaryah masjid, sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan beberapa buah kerusi roda untuk orang kurang upaya dan tidak pun masuk dewan solat, cuma memandang dari sisi luar masjid. YB. Eli sendiri teruja dengan barisan saf dalam solat dan beliau memuji setiap rukun fi’li (perbuatan) dalam solat yang nampak kesamarataan pada sujud, rukuk dan sebagainya, dalam masa yang sama apabila di tanya tentang Islam oleh wartawan, YB menjawab beliau pernah dekatkan dengan Islam sejak di bangku Universiti lagi namun demikian ada seseorang Islam jugak yang menjauhkan dia dengan Islam itu sendiri, saya berangapan jika kita memberi maklumat yang betul mengenai Islam yang sebenarnya, saya yakin tafsiran kepada Islam tidaklah seburuk yang di lontarkan oleh non muslim di luar sana. YB. Eli juga memberi harapan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan cuba membantu apa-apa keperluan Masjid, seperti Komputer Pusat Sumber Ilmu, buku dan sebagainya, beliau menegaskan bahawa kerajaan ingin mendapatkan maklumat rakyat. Jadi dengan kehadiran beliau secara tidak langsung pihak kerajaan perlu melihat apakah bantuan yang di perlukan.
Kita perlu faham bahawa sumbangan kewangan yang di berikan oleh YB Eli adalah wang peruntukkan kerajaan bererti kita sebagai rakyat berhak menerimanya, maka tidak timbul soal pihak Masjid perlu dan sanggup membenarkan orang kafir masuk masjid . Perlu saya tegaskan bahawa kehadiran beliau memberi manfaat yang baik kepada masjid kita sendiri, anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang upaya di qaryah kita
Kalau kita melihat masjid Al-Azhar Mesir, dan masjid-masjid bersejarah lainnya, orang bukan Muslim boleh memasuki masjid dengan pakaian yang sopan. Terbukti dalam sejarah, Masjid Nabawi (di Madinah) menjadi tempat acara perjanjian Hudaibiyah. Di situ terkumpul berbagai kelompok. Salah satu kelompok bukan Islam adalah Abu Sofyan yang ikut masuk ke masjid. Nabi saw juga pernah menginapkan delegasi bukan muslim- dari Thaif di dalam masjid.
يحرم على المسلمين أن يمكنوا أي كافر من دخول المسجد الحرام وما حوله من الحرم كله ؛ لقوله تعالى : ( يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا ) سورة التوبة 28 ، أما غيره من المساجد فقال بعض الفقهاء يجوز لعدم وجود ما يدل على منعه ، وقال بعضهم لا يجوز قياساً على المسجد الحرام .
والصواب جوازه لمصلحة شرعية أو لحاجة تدعو إلى ذلك : لسماع ما قد يدعوه للدخول في الإسلام ، أو حاجته إلى الشرب من ماء في المسجد أو نحو ذلك ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم ربط ثمامة بن أثال الحنفي في المسجد قبل أن يسلم ، وأنزل وفد ثقيف ووفد نصارى نجران قبل أن يسلموا في المسجد ؛ لما في ذلك من الفوائد الكثيرة ، وهي : سماعهم خطب النبي صلى الله عليه وسلم ومواعظه ، ومشاهدتهم المصلين والقراء وغير ذلك من الفوائد العظيمة التي تحصل لمن لازم المسجد .
من فتاوى اللجنة الدائمة 6/276 .
Adalah haram untuk umat Islam membenarkan mana-mana orang kafir memasuki masjidil haram dan tanah haram di sekelilingnya, ini kerana Allah berfirman dlm surah at-taubah:
“Wahai orang2 yg beriman! Sesungguhnya orang2 musyrik itu adalah najis. Janganlah kamu biarkan mereka menghampiri masjidil haram selepas tahun ini.” (surah at-taubah ayat 28)
Berkenaan dengan masjid lain, sesetengah fuqaha berkata adalah diharuskan (orang kafir memasuki masjid) kerana tidak ada petunjuk yg jelas yg mengatakan ia tidak dibenarkan. Dan selainnya tidak diharuskan kerana mengqiyaskan masjidil haram.
Pendapat yang benar ialah ia diharuskan sekiranya ia memenuhi kehendak syariah atau terdesak seperti seseorang yg mendengar sesuatu yg menyebabkan ia tertarik untuk memasuki islam, atau dia terdesak untuk meminum air di dalam masjid atau sebagainya. Ini kerana baginda S.A.W mengikat Thamaamah ibn Athal al-Hanafi di masjid sebelum dia menjadi Islam dan delegasi Thaqeef dan Nasrani dari Najraan tinggal di Masjid sebelum mereka menjadi muslim. Di sana terdapat banyak faedah melakukan begini kerana mereka dapat mendengar ucapan dan khutbah rasulullah S.A.W, melihat orang lain bersolat dan membaca al quran dan lain-lain faedah yg mereka dapat ketika melawat masjid.
(Fatwa Al-Lajnah Daimah 6/276)Imam Rafi’i dan An-Nawawi berpendapat bahawa diharuskan bagi orang kafir untuk masuk masjid selain Masjidil Haram dengan ada izin dari orang-orang Islam. Jika tidak diizinkan maka orang kafir tersebut tidak diperbolehkan memasukinya. Jika ia berkeras untuk masuk, maka orang kafir tersebut harus diberi hukuman ta’zir kecuali jika orang kafir tersebut belum memahami hukumnya. (I’laamul Masajid Bi Ahkamil Masajid Lizarkasyi 318-320)
Para ulama dulu juga berbeza pendapat dalam hal ini:
1. Abu Hanifah (imam madzhab Hanafiyah), memperbolehkan bukan muslim masuk masjid (mana saja), termasuk Masjidil Haram.
2. Malikiyah tidak memperbolehkan, kecuali ada keperluan penting seperti persidangan yang dilakukan atas dirinya di dalam masjid. Ketentuan ini berlaku untuk semua masjid tanpa kecuali.
3. Syafi’iyah membolehkan, asal ada keperluan, dengan mengecualikan Masjidil Haram.
Untuk terakhirnya saya amat menghargai sumbangan ideal, rungutan-rungutan yang boleh mebawa manfaat untuk kita semua dalam qaryah, dan tidak lupa juga saya menyangjung tinggi penyumbang-penyumbang ramadhan kali ini mudah-mudahan Allah SWT akan membalasnya dengan pahala yang setimpal dan tergolong dalam golongan beriman, insyallah bertemu lagi kita di lain kesempatan.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment