12 BERADIK HILANG TEMPAT BERGANTUNG
Dari Tuan Haji Nor Azam Ahmad Assalamualaikum w.r.t Tuan/Puan Kita perlu memberi bantuan yang termampu diatas penderitaan adik beradik ini. " Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009. Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan . Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dal...