Mengenai Air
Rencana ini adalah mengenai air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam. Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian: Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) air yang berubah dengan suatu yang suci. Air ber najis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ). Pengertian bersuci Ertinya Pada Bahasa Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain