Mengenai Masjid Al Mukarramah

Pada asalnya Masjid Al-Mukarramah di namakan Masjid Al-Muhajirin. Namun demikian setelah di rasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Shah pada 10 November 2000, nama masjid ini telah ditukar kepada Masjid Al-Mukarramah.

Batu asas Masjid ini telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1996.

Masjid ini telah menggunakan konsep senibina Anatolian dan Ottoman iaitu senibina daripada negara Turki. Ianya mempunyai ciri-ciri seni bina islam tradisional yang dipamerkan melalui pengasingan bahagian dalaman daripada pandangan luar oleh dinding granit.

Bahagian atas dinding granit ini terdapat banjaran kubah-kubah separa bulat yang mengelilingi kubah utama. Pada empat penjuru kubah utama, terdapat pula kubah-kubah kecil yang disatukan dengan kubah separa bulat memperlihatkan ciri-ciri senibina Ottoman. Gabungan kubah-kubah ini dipadankan pula dengan sepasang menara yang diilhamkan dari Menara Masjid Sultan Ahmed Istanbul.

Keluasan Masjid ini dapat menampung secara keseluruhannya sebanyak 3950 orang dalam satu masa. Pada ruang utama berpermaidani sebanyak 1035 orang, manakala di galeri wanita seramai 520 orang, di bahagian luar yang bertutup boleh menampung sebanyak 550 orang dan di bahagian kawasan tanaman anggur (yang baru di tambah bumbung polycarbonate) boleh menampung sebanyak 1800 orang.

Inilah keunikan Masjid Al-Mukarramah yang boleh di gambarkan melalui penulisan. Masjid Al-Mukarramah ini telah diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2003 dan hari ini Masjid telah diserahkan untuk di urus tadbir oleh anak-anak khariah sendiri.
Sebuah Jawatan Kuasa yang dipimpin oleh seorang Nazir telah dipilih oleh anak-anak khariah bagi tujuan urus tadbir ini.
 
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahgia Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, kerana diatas usaha dan sumbangan beliau maka terbinanya Masjid ini. Semoga Allah menganugerahkan rahmatNya serta keberkatan kepada Yang Berbahgia Tan Sri. 
Sama-sama lah kita umat Islam persekitaran berusaha untuk mengimarahkan Rumah Allah ini.

Comments

  1. this web not relevant to the need og todays generation,the story is more to tale story 'the webpage to need to be updated with chance linked to economics and learning base society

    ReplyDelete
  2. 30mins goes to the webpage i still not get where is the column of masjid organization team which the blogger need to know.i wanted to find the program and the application column

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masjid Populer Di Jerman

Malu Pada Subuh Mereka