Kisah Keluarga Yasir bin Amir (RA)
Yasir bin Amir berangkat berangkat meninggalkan kampung halamannya di negeri Yaman. Setelah melakukan perjalanan yang cukup jauh akhirnya langkahnya terhenti di Mekah. Oleh kerana berasa selesa dia pun memutuskan untuk tinggal di kota Mekah dan menjalinkan persahabatan dengan Abu Huzaifah bin Mughirah. Melihat peribadian Yasir bin Amir yang baik ini Abu Huzaifah akhirnya menikahkan dengan Sumayyah binti Khayyat, seorang hamba sahayanya, tokoh yang diceritakan pada kali ini.Perjalanan hidup keluarga Yasir dan Sumayyah berjalan harmoni dan dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama Ammar. Abu Huzaifah pun memerdekakan Sumayyah maka sempurnalah kehidupan keluarga ini dengan penuh kebahagiaan. Ketika islam mula memancarkan cahayanya di Mekah dan Rasullulah saw baru mendapat perintah untuk menyebarkan islam secara senyap-senyap. Sumayyah dan keluarganya termasuk orang pertama yang memeluk islam. Menurut sejarah, Sumayyah termasuk orang yang ketujuh yang mula-mula memeluk islam. Sepert...