Isu Pagar Berpalang Jalan Saga SD8/1

Alhamdullillah, akhirnya isu pagar berpalang yang dipasang pada jalan keluar masuk ke Masjid oleh Persatuan Penduduk, BSD telah dibuang sepertimana yang dipinta oleh majoriti jemaah. Ianya telah dapat diselesaikan dengan berbincang dengan Persatuan Penduduk oleh AJK Masjid dan JARINGAN dan kata sepakat telah dicapai untuk tidak mengadakan Pintu Berpalang pada Jalan Saga SD8/1.

Isu ini timbul apabila diatas sebab keselamatan Persatuan Penduduk telah memasang Pintu Berpalang di Jalan Saga SD8/1 dimana jalan ini adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke Masjid. Majoriti jemaah berpendapat Pagar ini agak menyukarkan bagi para Jemaah untuk berulang alik ke Masjid.

Tahniah dan ucapan setinggi penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam usaha untuk menyelesaikan isu ini dan ianya telah ditanggani dengan cara permufakatan dan saling hormat menghormati.

Sebagai tanda permufakatan antara pelbagai kaum dan aliran fahaman adalah disarankan agar Jemaah Islam Bandar Sri Damansara memainkan peranan lebih aktif dalam masaalah keselamatan masyarakat setempat agar penduduk setempat merasa selamat dan aman dari Penjenayah-penjenayah. Samada Pihak AJK Masjid atau JARINGAN boleh mengusahakan sendiri atau bersama dengan Persatuan Penduduk pelbagai usaha untuk faedah keselamatan bersama umpamanya:

* menubuhkan Squad Peronda Keselamatan,
* mendapatkan sumbangan Kewangan untuk meringankan kos Keselamatan yang sedang ditanggung oleh Jemaah Islam,
* menyusun Program-program Kesedaran Kejiranan.
* menyusun Program-program bersama dengan Persatuan Penduduk.

Mudah-mudahan Allah swt memberkati setiap usaha kita tersebut dan Allah swt akan membantu kita menjadikan tempat kita ini aman dan selamat untuk didiami.

Waallahu a'lam.

 





Comments

Popular posts from this blog

Masjid Populer Di Jerman

Mengenai Masjid Al Mukarramah

Malu Pada Subuh Mereka